Jana Wang Online

Saturday 28 February 2015

Jana Wang Semasa Anda Sedang Tidur

Salam 1 Malaysia,

Kali ni aku nak kongsikan pengalaman tentang cara untuk menjana wang secara online semasa korang sedang tidur.

Mungkin ramai yang dah tahu cara ni dan aku percaya masih ramai juga yang masih belum tahu. Jadi apa salahnya aku kongsikan disini cara paling mudah untuk mendapatkan duit walaupun kita sedang bercuti, bermain atau sedang tidur.

Eh, boleh kaya ke cara ni ? Haaa... yang ni korang kena berusaha, doa, pastu tawakkal lah. Kalau tak kaya pun, dapatlah juga duit saku tambahan kan....

Eh, kena berusaha juga ke ? Hee... mestilah, setiap kejayaan dimulakan dengan usaha.

Konsepnya mudah, terang dan lagi bersuluh. Pakar-pakar dan jutawan internet dah kongsi benda ni kat kita sejak dulu lagi. Itupun kalau korang rajin membaca la.

Oklah.. aku taknak korang buang masa lagi dengan mendengar celoteh aku ni. Orang putih kata "straight to the point" je lah.

Korang cuma perlu ikuti langkah asas seperti berikut...

1. Perlu ada e-mail dengan google.
Aku rasa korang lagi pandai dari aku bab email-email ni kan. Apapun kepada sesiapa yang masih belum tahu cara nak register email dengan google. Klik je sini (mail.google.com) dan ikuti arahan google sehinggalah korang berjaya buat email sendiri.

2. Mula buat simple blog.
Layari https://www.blogger.com. Kalau dia suruh log-in, korang login je guna akaun email tadi. Selepas log-in korang dah boleh mula buat blog. Kalau korang tak tau nak tulis apa, korang citer je pasal aktiviti harian korang. (Next time aku perincikan lah cara nak buat blog ni).

3. Daftar akaun baru dengan web yang buat PPC (pay per click).
Dalam kes ni, aku cadangkan korang pilih je http://www.nuffnang.com.my/ untuk tujuan pembelajaran. Sebenarnya ada banyak lagi syarikat PPC. (Next time aku perincikan cara nak setting akaun nuffnang ni).

4. Masukkan code ke dalam blog.
Nuffnang akan bagi code untuk korang letakkan di blog korang. (Next time aku detailkan)

5. Last sekali korang share lah blog korang kat laman sosial. Viral kan blog korang juga kat mana-mana platform internet yang korang tahu.

Dari mana income nye ? 
Setiap kali ada pelawat masuk ke blog korang, itu bermakna duit. Setiap kali orang klik pada iklan PPC yang nuffnang tampal di blog korang, itu pun duit.

Apa korang kena buat lepas tu ? 
Korang tengok graf dan carta duit korang kat akaun nuffnang yang korang register tadi. Kalau dah cukup RM100, korang claim je dari nuffnang.

Nampak tak ? Lepas ni walaupun korang tengah tidur, dan ada orang masuk blog korang, korang masih dapat duit.

"Selamat Mencuba"


No comments:

Post a Comment